Tuesday, 4 February 2014

MINGGU 1

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Lihat contoh ayat di bawah;

1. Syafiqah termenung.

Ayat 1 di atas mengandungi 2 perkataan iaitu Syafiqah dan termenung. Namun, pada umumnya, ayat dalam bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada ayat 1, dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan.

(Sumber : Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2010)

credit to :http://blogcikguazaman.blogspot.com/2012/02/binaan-ayat.html















Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA




SUSUNAN DALAM AYAT
 
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.
JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.
Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.
Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu.
Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi -didepankan).
 
Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya.
Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS ke Langkawi didepankan).
 

 
Nota Tambahan
 
Susunan Ayat
SUSUNAN ayat bermaksud kedudukan subjek dan predikat dalam ayat. Setiap ayat terdiri daripada binaan subjek dan predikat. Susunan ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Susunan biasa ialah binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat. Contohnya:


1. Aiman sedang membaca majalah.
Dalam ayat (i), subjeknya ialah Aiman, yang kedudukannya di bahagian awal ayat. Sementara predikatnya ialah membaca majalah yang hadir selepas subjek, yakni di bahagian belakang ayat. Inilah susunan ayat yang dikatakan susunan biasa

Mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu, bahagian yang di hadapan ayat itu yang dianggap lebih penting, lalu dijadikan sebagai judul. Dalam hal ini, subjeklah yang lebih penting, iaitu Aiman. Bahagian lain dalam ayat itu, iaitu predikat hanya memberikan keterangan kepada Aiman atau subjek ayat.
Bentuk ini bertepatan dengan hukum D-M dalam bahasa Melayu. Apakah maksud hukum D-M ini? “D” bermaksud unsur yang diterangkan, manakala “M” pula bermaksud unsur yang menerangkan, yakni menerangkan unsur “D”. Maka susunan ayat dalam bahasa Melayu yang biasa mematuhi peraturan ini, iaitu peraturan subjek diikuti oleh predikat.
Namun demikian, dalam penggunaan bahasa sehari-hari, kadang-kadang kita menekankan bahagian predikat dan tidak bahagian subjek ayat. Oleh itu, bahagian predikat dibawa ke hadapan, manakala bahagian subjek dibawaka ke belakang, iaitu berada selepas predikat. Dengan mengambil ayat (1) sebagai contoh, maka predikat ayat sedang membaca majalah kita tukarkan susunannya. Maka lahirlah ayat berikut:


2. Sedang membaca majalah/ Aiman.


Susunan sedemikian, iaitu predikatnya mendahului subjek, dikatakan susunan
songsang. Dari segi rumus tatabahasa, bentuk susunan ayat yang begini masih gramatis. Tetapi kedudukan subjeknya telah berubah daripada kedudukan yang biasa. Inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan “songsang”, iaitu dilihat dari segi perubahan yang berlaku pada susunan subjek-predikatnya.
 
Pada hakikatnya, tujuan penyongsangan ayat adalah untuk memberi tekanan kepada predikat, dan tidak pada subjek. Dalam ayat songsang, predikat ayat dianggap lebih penting, dan oleh itu menjadi bahagian yang diterangkan (D).
Harus diingat, dalam susunan ayat songsang, tidak semua unsur dalam predikat ayat dikedepankan. Dengan kata-kata lain, penyongsangan boleh berlaku sama ada pada seluruh predikat atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Dalam ayat contoh (2), seluruh predikat telah dikedepankan, iaitu sedang membaca majalah. Tetapi dalam susunan biasanya, ayat itu boleh dipanjangkan menjadi ayat (3) berikut:


3. Aiman sedang membaca majalah di biliknya.
Dalam ayat (3), terdapat maklumat tambahan, iaitu unsur tempat (di biliknya).
Terdapat dua cara untuk menyongsangkan susunan ayat ini. Satu cara adalah dengan mengedepankan seluruh predikat lalu menghasilkan ayat (3a) seperti yang berikut:

  (a) Sedang membaca majlah di biliknya Aiman
Dalam ayat ini seluruh maklumat dalam predikat dianggap penting. Cara yang kedua adalah dengan menganggap hanya fakta sedang membaca majalah sahaja yang penting, lalu membawa hanya bahagia tersebut ke hadapan. Maka lahirlah ayat (b):

  (b) Sedang membaca majalah, Aiman, di biliknya.
Demikianlah susunan ayat dalam bahasa Melayu. Unsur ini menjadikan ayat bahasa Melayu pelbagai dan lebih menarik, selain menimbulkan kesan keindahan. Unsur penyongsangan ayat juga merupakan satu sifat bahasa Melayu jati dan harus kita fahami dan kuasai.


Sumber : http://www.tutor.com.my

 


STRUKTUR BINAAN AYAT

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Lihat contoh ayat di bawah;

1. Syafiqah termenung.

Ayat 1 di atas mengandungi 2 perkataan iaitu Syafiqah dan termenung. Namun, pada umumnya, ayat dalam bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada ayat 1, dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan.

(Sumber : Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2010)

credit to :http://blogcikguazaman.blogspot.com/2012/02/binaan-ayat.html

Tuesday, 14 January 2014

DEFINISI FRASA




                Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas.
Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan.
Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih.Sebagai contohnya, Kambing.

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada
sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu :
Frasa Nama(FN)
Frasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi (FS).

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang
menjadi sebahagian daripada ayat.

Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan
yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna.
Jika dahulu, Pendeta Z’aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina
daripada dua perkataan atau lebih.
Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.

Contohnya, Rumah

Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa:

Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau
diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.


credit to : http://zuraidaothman.blogspot.com/2010/08/definisi-frasa.html

CARA KENAL KATA

Kalau kita nak kenal sesuatu kata..kita boleh memasukkan atau menggandingkan kata tersebut dengan golongan kata yang lain seperti, kata penguat, letak imbuhan dan sebagainya.


Formula untuk mengenal kata :


1. Untuk kenal kata tugas, kita tak perlu letakkan apa-apa perkataan atau imbuhan lain.
      - Terdapat 17 kata tugas, namun kita boleh bahagikannya kepada empat kelompak yang besar :
            * Kata penyambung ayat
            * Kata praklausa
            * Kata prafrasa dan pascafrasa
            * Kata pascakata


2. Untuk kenal kata nama, kita boleh meletakkan imbuhan seperti, peN- , ke-, -an dan sebagainya.
    
     - Contohnya :  dapat = peNdapat
        [ 'dapat' merupakan kata nama kerana dia membawa maksud  apabila diletakkan imbuhan  
           dihadapannya. ]


3. Untuk kenal kata kerja kita perlu meletakkan kata bantu dihadapan.
  
   - Contoh : telah pulang
       [ 'telah' merupakan kata hubung yang boleh diletakkan dihadapan kata kerja
          dan ia menghasilkan makna yang difahami, maka 'pulang' merupakan kata kerja ]


4. Untuk mengenal kata adjektif , kita boleh letak kata penguat di hadapan atau di belakang sesuatu
    perkataan.
 
  - Contoh : paling sedap [ 'paling' merupakan kata penguat hadapan dan apabila di letakkan pada kata adjektif  'sedap' dan ia membawa maksud.  Maka sedap merupakan kata adjektif ]




credit to : http://jalall6791.blogspot.com/

Tuesday, 7 January 2014

Subjek + Predikat



Pembahagian Subjek & Predikat


Subjek : konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

*[Nampak macam senang tapi ramai yang keliru tentang unsur yang diterangkan atau yang menerangkan]


Predikat : kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.


Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama.


Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.


cth :[ Adik ]  [ makan nasi.]

- adik merupakan subjek kerana ia menjadi unsur yang diterangkan, jika hanya perkataan adik sahaja tanpa ada 'makan nas' maka ia tidak boleh menjadi satu ayat yang bermakna.

- Manakala, 'makan nasi' merupakan unsur yang menerangkan tentang subjek dan ia dikenali sebagai prediket.


macam mudah tapi payah

SINTAKSIS


'macam mudah tapi payah'


=/