Kalau kita nak kenal sesuatu kata..kita boleh memasukkan atau menggandingkan kata tersebut dengan golongan kata yang lain seperti, kata penguat, letak imbuhan dan sebagainya.
Formula untuk mengenal kata :
1. Untuk kenal kata tugas, kita tak perlu letakkan apa-apa perkataan atau imbuhan lain.
- Terdapat 17 kata tugas, namun kita boleh bahagikannya kepada empat kelompak yang besar :
* Kata penyambung ayat
* Kata praklausa
* Kata prafrasa dan pascafrasa
* Kata pascakata
2. Untuk kenal kata nama, kita boleh meletakkan imbuhan seperti, peN- , ke-, -an dan sebagainya.
- Contohnya : dapat = peNdapat
[ 'dapat' merupakan kata nama kerana dia membawa maksud apabila diletakkan imbuhan
dihadapannya. ]
3. Untuk kenal kata kerja kita perlu meletakkan kata bantu dihadapan.
- Contoh : telah pulang
[ 'telah' merupakan kata hubung yang boleh diletakkan dihadapan kata kerja
dan ia menghasilkan makna yang difahami, maka 'pulang' merupakan kata kerja ]
4. Untuk mengenal kata adjektif , kita boleh letak kata penguat di hadapan atau di belakang sesuatu
perkataan.
- Contoh : paling sedap [ 'paling' merupakan kata penguat hadapan dan apabila di letakkan pada kata adjektif 'sedap' dan ia membawa maksud. Maka sedap merupakan kata adjektif ]
credit to : http://jalall6791.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment