FRASA NAMA BAHASA MELAYU
- KONSTITUEN FRASA NAMA
Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah FN.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu boleh saling mengganti dengan unsur–unsur nama. Misalnya:
(i) Bersenam menyihatkan badan.
Frasa nama senaman sebagai pengisi FN boleh digantikan oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut:
(ii) Bersenam menyihatkan badan.
Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli, FN seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih.
Misalnya seperti contoh ayat di bawah:
1. Berolahraga menjadi kegemaran remaja
2. Merokok kebiasaan ayah saya.
1. Berolahraga menjadi kegemaran remaja
2. Merokok kebiasaan ayah saya.
Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan.
Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna. Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN. Dengan kata lain FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.
- BINAAN FRASA NAMA
Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
- Inti + Penerang
- Inti + Penerang Nama
Contoh: askarMelayu, budakperempuan, gelang kaki, bilik mesyuaratContoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung- Inti + Inti
Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk, teruna dara- Inti + Penerang
- Inti + Penerang Bukan Nama
- INTI + PENERANG NAMA KETURUNAN
02. bangsa India
03. bahasa Melayu
INTI + PENERANG NAMA JENIS
01. harimau bintang
02. kelapa sawit
03. pokok getah
INTI + PENERANG NAMA PENYAMBUT
01. penyendal pintu
02. penjaga stor
03. pam air
INTI + PENERANG NAMA KEGUNAAN
01. alat pemadam
02. sabun pencuci
03. kayu pengukur
INTI + PENERANG NAMA KELAMIN
01. ayam jantan
02. lembu betina
03. orang lelaki
INTI + PENERANG NAMA TEMPAT
01. penduduk bandar
02. anak Sarawak
03. orang tempatan
INTI + PENERANG NAMA ARAH
01. kawasan barat
02. wilayah selatan
03. angin timur
INTI + PENERANG NAMA ANGGOTA BADAN
01. jam tangan
02. gelang kaki
03. tudung kepala
INTI + PENERANG NAMA TENAGA PENGERAK
01. kereta motor
02. perahu layar
03. kapal api
INTI + PENERANG NAMA HAL ATAU PERKARA
01. lesen perniagaan
02. surat kebenaran
03. borang pendaftaran
INTI + PENERANG NAMA MILIK
01. rumah saya
02. pekerjaan mereka
03. bumbung sekolah
INTI + PENERANG NAMA KHAS
01. bandar Sibu
02. kampung Sungai Cinta
03. planet Pluto
INTI + PENERANG NAMA PANGGILAN ATAU GELARAN
01. Haji Zulkarnain Mustakim
02. Yang Arif Hakim Phildawa Al-Ibani
03. Si Belang
No comments:
Post a Comment