Saturday 8 February 2014

MINGGU 5

FRASA KERJA BAHASA MELAYU 
  • BINAAN FRASA KERJA


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.

1.   Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
2.   Dia telah  menulis puisi sejak di bangku sekolah.
3.   Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
                       Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan                                            belum)

                        4.  Wan Malini akan memetik bunga di taman.
                        5.  Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.
                            
                        Menurut Abdullah Hassan pula Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai intinya. Frasa kerja terbina daripada lima unsur, iaitu
            (i)         kata bantu
            (ii)        kata kerja transitif atau tak transitif sebagai inti
            (iii)       objek
            (iv)       pelengkap
            (v)        keterangan atau kata adverba



Kata bantu

Kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif sebagai inti.



Objek atau pelengkap

Keterangan atau adverba


Menurut  Nik Safiah Karim Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh diserai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan ayat keterangan. beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja seperti yang berikut:

1.  Ali tidur.
2.  Mereka sedang membaca buku.
3.  Adik Fatimah bermain di padang.
4.  Pemandu itu membelok ke kanan.


BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK

Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan
penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.

Contoh :
 Faisal tidur lena.
 Budak nakal itu terjatuh lagi.
 Dia selalu bergaduh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata
kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau
tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun
kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.

Contoh:

Faisal tidur lena di bilik tidur
Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
 Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.


BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK

Frasa kerja dengan objek  dikenali juga sebagai frasa kerja transitif.  Frasa
kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula
ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh
frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja
tersebut.

Contoh:
Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif
Penyambut
Menaikkan
bendera
menganyam
tikar
membaiki
radio              

Contoh ayat lengkap :

(11).    Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12).    Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13).    Mahmud membaiki radio yang telah rosak

Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan.  Dalam ayat (11), (12) dan (13, frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku  dalam proses membina  sesuatu ayat.

Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat  (15) hingga ayat  (19).

(15). Zamani akan melaporkan kepada warden  asrama tentang kejadian itu.

(16).Halijah  menggenggam  erat tangan suaminya.

(17).Datuk Amran  menghasilkan banyak produk berasaskan herba.

(18). Lee Chong Wei  menghantar  dengan tenang bulu tangkis ke jaring.

(19). Tuan Pengarah  sedang membincangkan tentang isu pendidikan.

Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.  Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat  20 – 24)

(20). Zamani akan melaporkan  kejadian  itu  kepada warden  asrama

(21). Halijah  menggenggam   tangan suaminya dengan erat.

(22). Datuk Aman  menghasilkan produk berasaskan herba.

(23).  Lee Chong Wei   menghantar  bulu tangkis ke jaring dengan tenang.

(24).  Tuan Pengarah  sedang membincangkan isu pendidikan

Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek  yang mesti hadir selepas 


credit to : http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-frasa-kerja-bahasa-melayu.html

No comments:

Post a Comment